JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyelar tindakan pihak yang cuba mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran hutan di Indonesia, baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dakwaan berkenaan adalah palsu dan mengelirukan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius laporan yang sengaja diputar belit sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi pelaburan milik kerajaan negeri itu.
"Saya ingin menegaskan, jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan memutar belit fakta sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah JCorp, sebuah institusi pelaburan milik Kerajaan Negeri Johor, terlibat dalam kejadian kebakaran hutan tersebut.








