KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) menjadi landasan memperkukuh kestabilan politik negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, CSA juga akan memastikan kelangsungan urusan pemerintahan serta memberi ruang kepada agenda pembangunan negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini termasuk memastikan pelaksanaan Belanjawan 2027 secara berkesan demi kepentingan rakyat.

"Dalam negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan lebih baik.