PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu semua jabatan dan agensi di bawahnya memperkukuh imej dan membina keyakinan rakyat terhadap keupayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik, telus serta berintegriti.Berucap di Perhimpunan Bulanan KDN, Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Awang Alik Jeman berkata, usaha penjenamaan semula kementerian itu perlu dilaksanakan bagi memastikan masyarakat mempunyai persepsi positif terhadap mutu perkhidmatan dan kemampuan agensi di bawahnya.Menurutnya, penjenamaan bukan sekadar membabitkan identiti visual, sebaliknya turut merangkumi pengalaman rakyat ketika berurusan dengan kementerian serta reputasi dan konsistensi dalam pelaksanaan tugas."Kalau dari dulu ada persepsi yang kurang baik, terhadap KDN, inilah masanya mulai sekarang untuk kita jenamakan Kementerian Dalam Negeri supaya orang ada keyakinan tinggi dan kepercayaan besar terhadap kemampuan serta keupayaan kementerian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, ketua- ketua jabatan dan seluruh warga kementerian.Ujar beliau, pengalaman rakyat menjadi antara elemen penting dalam membentuk imej kementerian, justeru perkhidmatan yang diberikan perlu cekap, mesra, mudah diakses dan profesional.Katanya, pengalaman buruk ketika berurusan dengan sesebuah agensi boleh menjejaskan imej kementerian dalam tempoh yang panjang."Bila sekali rakyat mempunyai pengalaman buruk dengan kita, maka imej kita akan terjejas sampai bila-bila," jelasnya.Sehubungan itu, beliau meminta semua warga KDN memberikan perhatian terhadap usaha membina reputasi melalui amalan integriti, ketelusan serta tindakan yang bertanggungjawab.Beliau turut menekankan kepentingan konsistensi dalam pelaksanaan tugas bagi memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan seragam tanpa mengira tempat atau pihak yang berurusan dengan kementerian.Menurutnya, perbezaan layanan dan pendekatan dalam pelaksanaan tugas boleh menimbulkan persepsi bahawa kementerian tidak boleh dipercayai."Kita tak boleh bila dengan orang ini kita A, bila dengan orang lain kita jadi C, tidak, itu tak boleh sebab ia akan menimbulkan persepsi bahawa kementerian kita tidak boleh dipercayai. Ini tidak boleh berlaku."Kita harus ada komunikasi yang cukup baik. Maklumat yang jelas, tepat, konsisten dan mudah difahami. Kita tidak boleh menyampaikan satu-satu perkara dengan cara yang cukup orang tak boleh nak faham," tegas beliau.Dalam pada itu, Awang Alik turut meminta ketua-ketua jabatan menyemak semula pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing serta mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan sasaran tahun 2026 dapat dicapai.Katanya, pencapaian KPI merupakan gambaran terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dan mencerminkan pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan."Jadi inilah masanya semak semula KPI masing-masing mana yang dah tercapai, mana lagi yang belum dicapai
KDN mahu perkukuh imej, bina keyakinan rakyat

Key takeaways
KDN ingin memperkukuh imej dan membangun keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan agensi di bawahnya.
- KDN memerlukan penjenamaan semula untuk memastikan persepsi positif daripada rakyat.
- Pengalaman rakyat semasa berurusan dengan kementerian penting untuk membentuk imej.
- Pengalaman buruk boleh menjejaskan imej kementerian secara kekal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Johor mahu perkukuh kedudukan dalam teknologi AI global
- Sinar Harian KDN mahu perkukuh imej, bina keyakinan rakyat (this story)









