CRISTIANO Ronaldo sekali lagi mengatasi Lionel Messi apabila kempen gemilangnya bersama Manchester United pada 2008 dipilih sebagai yang terbaik dalam sejarah penganugerahan Ballon d'Or menerusi undian peminat global.Bintang Portugal itu muncul pemenang sulung anugerah B.O.A.T. (Ballon d'Or of All Time) yang diperkenalkan majalah bola sepak Perancis, France Football bagi menentukan musim terbaik dalam kalangan pemenang anugerah berprestij berkenaan.Kejayaan itu menyaksikan Ronaldo mengatasi pencabar utamanya, Messi yang mencipta sejarah pada 2012 apabila meledak 91 gol dalam semua pertandingan bersama kelab dan negara dalam tempoh setahun kalendar.Bagaimanapun, peminat lebih memilih pencapaian Ronaldo ketika membantu Manchester United menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara pada 2008, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.Berbeza dengan pemilihan Ballon d'Or biasa yang ditentukan menerusi undian panel wartawan antarabangsa, anugerah B.O.A.T. memberi peluang kepada peminat untuk memilih sendiri kempen individu paling unggul dalam sejarah penganugerahan itu.Senarai calon turut menampilkan beberapa legenda yang pernah memenangi Ballon d'Or lebih daripada sekali, termasuk Johan Cruyff, Michel Platini, Marco van Basten, Karl-Heinz Rummenigge, Kevin Keegan, Franz Beckenbauer dan Alfredo Di Stefano, selain Ronaldo Nazario dari Brazil.Peminat yang mahu menyertai undian itu dikenakan bayaran satu euro dengan peluang memenangi dua tiket ke majlis Ballon d'Or 2027 turut ditawarkan sebagai insentif penyertaan.Undian berkenaan menarik penyertaan ribuan peminat malah lebih 5,000 individu dilaporkan mengundi lebih daripada sekali bagi menyokong pilihan masing-masing.
Ronaldo atasi Messi, rangkul anugerah B.O.A.T sepanjang zaman

Key takeaways
Cristiano Ronaldo memenangi anugerah B.O.A.T sepanjang zaman dengan kempen 2008 bersama Manchester United, mengatasi Lionel Messi.
- Ronaldo mengatasi Messi dalam undian peminat global untuk anugerah B.O.A.T.
- Undian B.O.A.T membenarkan peminat memilih kempen terbaik dalam sejarah Ballon d'Or.
- Lebih 5,000 peminat mengundi lebih daripada sekali untuk menyokong pilihan mereka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Messi terima anugerah sukan berprestij Sepanyol
- Utusan Malaysia Epic Berhad rangkul anugerah kecemerlangan industri 2026
- Sinar Harian Ronaldo atasi Messi, rangkul anugerah B.O.A.T sepanjang zaman (this story)








