Georgetown: Empat premis perniagaan di daerah Timur Laut, kelmarin, dikenakan tindakan penutupan (seal-off) selepas didapati dikendalikan warga asing.
Dalam kenyataannya, MBPP memaklumkan, premis yang diperiksa adalah di Jalan Tanjung Bungah, Jalan Hassan Abbas di Teluk Bahang, dan Jalan Batu Ferringhi di sini.
"Ketika pemeriksaan, didapati individu warga asing di dalam premis berkenaan.
"Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya.






