Kuala Lumpur: Pengusaha kedai emas berdepan cabaran menguruskan stok dan mengelakkan kerugian ketika harga logam berharga itu menunjukkan trend penurunan sejak kebelakangan ini.
Pergerakan harga yang tidak menentu menyebabkan peniaga perlu lebih berhati-hati menentukan masa sesuai untuk membeli dan menjual emas bagi mengelakkan kerugian akibat perubahan harga pasaran.
Pengusaha kedai emas, Razalie Abdul Rasull, 37, berkata, perubahan harga dalam tempoh singkat menyukarkan peniaga merancang pembelian stok terutama apabila harga terus menurun selepas pembelian dibuat.
"Apabila kita membeli emas, kemudian harganya turun pada hari berikutnya, kita terpaksa menanggung kerugian kerana membelinya pada harga lebih tinggi.









