Bayan Baru: Sebahagian laluan Lebuh Raya Mayang Pasir di sini ditutup sehingga 31 Oktober bagi membolehkan kerja baik pulih struktur jalan susulan kejadian lubang benam, semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesulitan sepanjang tempoh penutupan.

"Penutupan jalan ini berikutan kewujudan lubang benam yang berlaku dan ia bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih struktur jalan.

"Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Lebuh Mayang Pasir dan Jalan Mahsuri atau menerusi Lorong Mayang Pasir 5, Lebuh Mayang Pasir 2 dan Lorong Mayang Pasir 1.