Kuala Lumpur: Demi memastikan kebajikan penggiat seni tempatan terus dibela, penyanyi veteran, Datuk DJ Dave sanggup melakukan pelbagai usaha bagi memastikan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempunyai dana mencukupi untuk membantu golongan yang memerlukan.
DJ Dave atau nama sebenar Datuk Irwan Shah Abdullah, 78, mendedahkan yayasan berkenaan tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sejak sembilan tahun lalu.
Menurutnya, penganjuran majlis makan malam tahunan menjadi antara inisiatif utama mereka bagi mengumpul dana dengan menjual meja kepada tetamu dan orang kenamaan.
"Setiap tahun, kami mengadakan majlis makan malam dengan menjemput seorang tetamu kehormat. Kami akan menjual meja untuk mengumpulkan dana.









