JAKARTA: Pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 15 warga Malaysia dan dua warga Singapura kerana disyaki mengendalikan kegiatan pinjaman wang dalam talian secara haram.
Kegiatan itu dikesan dilakukan dari sebuah vila di Bali, yang dipercayai beroperasi sejak lebih enam bulan lalu.
Kesemua 17 suspek ditahan pada 22 Oktober dalam satu operasi pemeriksaan imigresen bersama di sebuah vila di Kampung Dalung, Kuta Utara, kawasan tumpuan pelancong di pulau peranginan itu.
Ketua Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Muhamad Novyandri, berkata siasatan awal mendapati kegiatan itu dikendalikan tiga pengurus, manakala 14 suspek lain bertugas sebagai kakitangan pentadbiran.






