KUALA LUMPUR: Dakwaan Kerajaan Persekutuan cuba menganaktirikan serta mengetepikan pembangunan di empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau lebih dikenali 'State Government 4' (SG4) adalah tidak berasas
Memberi contoh Kelantan, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata keseluruhan projek di negeri itu bagi 2027 adalah sebanyak 509 dengan kos RM31.21 bilion.
Katanya, peruntukan Persekutuan untuk perbelanjaan pembangunan empat negeri terbabit adalah 6.8 kali ganda lebih banyak berbanding apa yang diminta.
"Dalam kita berbahas untuk merancakkan pembangunan ekonomi masing-masing, Kerajaan Persekutuan tidak melihat keperluan meminggirkan mana-mana negeri.









