KUALA LUMPUR: MCA diberikan tambahan satu kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, menjadikan parti itu bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi yang diperuntukkan oleh Barisan Nasional (BN) kepada MCA adalah DUN Bandar Hilir, selain Machap Jaya dan Klebang.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi BN bersama Perikatan Nasional (PN).

Perkembangan itu menyaksikan PN hanya diperuntukkan enam kerusi berbanding tujuh kerusi yang dijanjikan BN sebelum ini.