KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap reformasi institusi yang dipersetujui menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dapat diluluskan di Parlimen segera sebelum pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, antara reformasi utama yang perlu diberi keutamaan adalah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta memastikan peruntukan pembangunan diagihkan secara adil dan saksama kepada Ahli Parlimen.
“Peruntukan tanpa diaktakan tidak akan membawa perubahan yang besar. Sebab itu dalam perjanjian tersebut, pihak yang menandatangani perlu menyokong pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya.










