KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement-CSA) dengan Kerajaan Madani pada petang Khamis.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi CSA, pihak kerajaan memutuskan untuk memberikan bantuan pembangunan sama jumlahnya dengan ahli Parlimen kerajaan.Menurutnya, jumlah bantuan itu dianggarkan antara RM3 juta hingga RM4 juta setahun dan berkuat kuasa mulai tarikh perjanjian ditandatangani."Hari ini saya tandatangan mewakili enam ahli Parlimen Bersatu termasuk saya. Yang lain-lain ialah mereka yang menyatakan sokongan terhadap pimpinan Perdana Menteri."Jadi disebabkan mereka dah bersetuju untuk menyokong Perdana Menteri, hari ini buat macam formality lah saya fikir dia tandatangan juga CSA," katanya di Parlimen pada Khamis.AKAN MENYUSUL