PAPAR - Seorang pemandu lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya yang terbabas di Jalan Keningau-Kimanis di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.07 tengah hari.Menurutnya, seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Kimanis."Sebaik tiba, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan besi telah terbabas."Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori yang dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan akibat kemalangan tersebut," katanya dalam kenyataan.Nelson berkata, tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba dalam kejadian berkenaan.Katanya, kehadiran anggota bomba adalah atas permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit dalam kemalangan itu."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.07 petang selepas tiada bahaya lain di lokasi.
Pemandu lori maut tercampak selepas kenderaan terbabas
Key takeaways
Seorang pemandu lori berusia 50 tahun maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang terbabas di Jalan Keningau-Kimanis, Papar, pada Khamis. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
- Kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari melibatkan lori tiga tan yang membawa muatan besi.
- Tujuh anggota bomba dikerahkan ke lokasi yang terletak 20 kilometer dari Balai Bomba Kimanis.
- Pasukan bomba hadir atas permohonan polis untuk memastikan tiada mangsa lain terbabit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua penunggang basikal maut dirempuh kenderaan pemandu mabuk
- Sinar Harian Pemandu lori maut tercampak selepas kenderaan terbabas (this story)









