SHAH ALAM: Cadangan pembinaan laluan bertingkat sepenuhnya dilihat antara langkah mengatasi kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini namun ia membabitkan kos tinggi iaitu kira-kira RM1 bilion.
EXCO Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Ir Izham Hashim, berkata pembinaan laluan dari kawasan sebelum persimpangan Greenhill hingga ke Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) itu mampu melancarkan pergerakan kenderaan.
Beliau berkata, pembinaan laluan berkenaan dianggarkan menelan belanja RM1 bilion dan dipercayai dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan yang dilalui kira-kira 80,000 kenderaan sehari.
"Kalau ikut pandangan saya, jika kita ada dana (mencukupi), memang (cadangan laluan bertingkat) itu sebaiknya.








