Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjanji memberikan pulangan kepada rakan penaja baharunya YTL Group menerusi kerjasama komersial yang dimeterai kedua-dua pihak, hari ini.

Menerusi perjanjian itu, YTL Group menerusi dua anak syarikatnya iaitu Yes dan Ryt Bank berusaha menyokong agenda perubahan yang dibawa FAM.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, sebuah sekretariat bersama akan ditubuhkan bagi merancang pelbagai program promosi untuk memperkukuh jenama syarikat terlibat serta memastikan pelaburan YTL Group dalam bola sepak Malaysia memberikan pulangan sewajarnya.

"Selepas ini, sekretariat bersama akan berbincang dan merancang program bagi mempromosikan jenama YTL dan Ryt Bank supaya mereka mendapat pulangan daripada pelaburan dalam FAM," kata selepas mengikat kerjasama selama dua tahun dengan syarikat itu.