ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan diminta mempercepatkan penggubalan dasar berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) bagi membolehkan negeri mempunyai sumber mineral itu menjana hasil baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pelabur sudah menunjukkan minat untuk melabur dalam aktiviti penerokaan dan pemprosesan REE, namun proses mendapatkan kelulusan perlombongan masih berdepan beberapa kekangan.

Katanya, beberapa syarikat di Kedah sudah menyelesaikan proses penerokaan dan bersedia meneruskan langkah seterusnya, termasuk menyediakan pelan perlombongan serta memenuhi keperluan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA).

"Kita harap dasar ini dapat dipercepatkan kerana pelabur sudah masuk dan selesai proses penerokaan.