KUALA LUMPUR: Pelantikan ketua jurulatih dari luar negara mampu menjadi 'senjata psikologi' berkesan buat Harimau Malaya untuk menggerunkan pihak lawan di pentas antarabangsa.
Bekas pertahanan skuad Harimau Malaya, Mahali Jasuli berpandangan kehadiran pengendali import bukan sahaja membawa pembaharuan taktikal, malah meletakkan persepsi berbeza terhadap kekuatan dan kualiti skuad negara.
Menurutnya, reputasi serta pendekatan baharu jurulatih asing secara tidak langsung memaksa pasukan lawan berwaspada dan memandang tinggi kemampuan pasukan kebangsaan.
"Kehadiran jurulatih luar bukan sahaja mampu meniupkan semangat juang yang lebih tinggi, malah membawa idea taktikal baharu kepada pasukan kebangsaan. Saya percaya ini satu langkah positif.










