SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri sehingga jam 6 petang pada Khamis.Menurut MetMalaysia, di Semenanjung Malaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.Amaran turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.Antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling di Kedah; Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak; serta Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan.Di Terengganu, kawasan terlibat termasuk Dungun, manakala di Pahang melibatkan Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh, Bera dan Bentong.Di Selangor, amaran melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Seremban, manakala di Melaka melibatkan Jasin.Bagi Sabah, kawasan yang terlibat termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat. Di Sarawak pula, amaran melibatkan beberapa kawasan termasuk Bintulu, Mukah, Sibu dan Limbang.Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap perubahan cuaca serta merujuk saluran rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Key takeaways
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi 10 negeri sehingga jam 6 petang Khamis. Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan merujuk saluran rasmi untuk maklumat terkini.
- Amaran meliputi 10 negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Kawasan terjejas termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Selangor.
- Amaran sah sehingga jam 6 petang pada hari Khamis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian , Berita Harian , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Amaran ribut petir, hujan lebat di Putrajaya, 11 negeri
- Utusan Malaysia Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri
- Sinar Harian Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri (this story)








