GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Bebas yang melibatkan 13 ahli Parlimen dijangka memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini.Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perjanjian itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan reformasi tanpa terganggu oleh percaturan politik yang berpanjangan.Beliau berkata, perkembangan tersebut merupakan satu langkah positif yang mampu mengukuhkan kedudukan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, pelaksanaan CSA itu menggunakan kerangka yang sama seperti perjanjian dimeterai antara kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) pada 2021."CSA pada 2021 berjaya membawa kestabilan politik negara selepas kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan memberikan tumpuan kepada pentadbiran negara manakala pembangkang terus memainkan peranan semak dan imbang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tze Tzin berkata, Kerajaan Madani ketika ini mempunyai sokongan dua pertiga ahli Parlimen dan tambahan sokongan menerusi CSA berkenaan akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan.Beliau yakin kerajaan dapat terus mentadbir dengan stabil sehingga penghujung penggal Parlimen ini sekali gus membolehkan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih berkesan."Perkembangan itu juga mencerminkan kematangan demokrasi apabila pihak pembangkang dan Ahli Parlimen Bebas sanggup mengetepikan perbezaan politik kepartian demi kepentingan negara."Antara agenda penting yang boleh diberi perhatian menerusi kerjasama itu termasuk Belanjawan 2027 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, reformasi institusi bagi memperkukuh tadbir urus dan ketelusan serta pindaan Perlembagaan yang penting untuk masa depan negara," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan, CSA itu tidak bermaksud Bersatu dan Ahli Parlimen Bebas perlu mengetepikan peranan mereka sebagai pembangkang.Sebaliknya, beliau berkata, mereka masih bebas melaksanakan tanggungjawab untuk mengkritik dasar kerajaan dan menjalankan fungsi semak dan imbang bagi memastikan pentadbiran negara terus dipantau."CSA bukan bermaksud pembangkang menyerah kepada kerajaan. Sebaliknya, ia membuktikan bahawa kerajaan dan pembangkang boleh bekerjasama demi kepentingan rakyat walaupun berbeza pandangan politik."Inilah amalan demokrasi matang yang perlu kita pupuk di Malaysia," katanya.Dalam pada itu, Tze Tzin turut meminta parti pembangkang lain supaya mempertimbangkan penyertaan dalam CSA berkenaan bagi membantu menjamin kestabilan politik dan kemajuan negara.Beliau berkata, sudah tiba masanya landskap politik negara beralih daripada usaha menjatuhkan kerajaan kepada pendekatan yang mengutamakan pembangunan negara."Kestabilan politik merupakan asas penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur, mera
CSA bersama Bersatu, MP Bebas kukuhkan kedudukan Kerajaan Madani

Key takeaways
Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan antara Kerajaan Perpaduan, Bersatu dan 13 Ahli Parlimen Bebas dijangka mengukuhkan kestabilan politik serta kedudukan Kerajaan Madani sehingga penghujung penggal Parlimen ini.
- Perjanjian ini melibatkan 13 Ahli Parlimen Bebas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
- Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menyifatkan langkah ini sebagai positif untuk pentadbiran negara.
- Kerajaan Madani kini mempunyai sokongan dua pertiga ahli Parlimen sebelum tambahan sokongan ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini Two S'gor DAP reps back Harapan-Bersatu CSA
- Malaysiakini (BM) Kerajaan tandatangani CSA bersama 6 MP Bersatu, tujuh lain
- Malaysiakini Govt signs CSA with Bersatu MPs, 7 other lawmakers
- Sinar Harian CSA bersama Bersatu, MP Bebas kukuhkan kedudukan Kerajaan Madani (this story)
- Malaysiakini PKR MP urges more opposition lawmakers to join CSA









