KUALA LUMPUR - Malaysia menyatakan solidariti dengan Arab Saudi susulan isu keselamatan yang dihadapi negara itu serta menegaskan kesediaan untuk memberikan bantuan mengikut kemampuan.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menyuarakan komitmen itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman Al Saud, semalam.Mohamed Khaled berkata beliau menerima panggilan telefon itu ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-20 di Cebu, Filipina."Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti bersama Arab Saudi ketika negara itu menghadapi cabaran keselamatan dan bersedia untuk memberikan bantuan mengikut kemampuan kami. Semoga Arab Saudi dan rakyatnya selamat dan sejahtera, insya-Allah," katanya menerusi hantaran dalam akaun X.Sementara itu, Putera Khalid menerusi hantaran berasingan dalam laman sosial yang sama berkata menerusi perbualan telefon itu kedua-dua menteri membincangkan kerjasama pertahanan dua hala dan perkembangan serantau.Beliau berkata mereka turut mengecam serangan oleh Houthi terhadap Arab Saudi dan tempat-tempat suci.Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, sebelum ini menjadi sasaran serangan yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, sekali gus mendorong pihak berkuasa Arab Saudi menggantung sementara operasi lapangan terbang itu.Lapangan terbang berkenaan dibuka semula secara berperingkat pada Ahad.- Bernama
Malaysia kecam serangan Houthi, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi

Key takeaways
Malaysia menyatakan solidariti dengan Arab Saudi atas serangan Houthi, menegaskan kesediaan membantu mengikut kemampuan, dan membincangkan kerjasama pertahanan dua hala dalam perbualan telefon antara menteri pertahanan kedua negara.
- Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamed Khaled Nordin, menghubungi rakan sejawat Saudi, Putera Khalid, semasa mesyuarat ADMM di Filipina.
- Malaysia bersedia memberi bantuan kepada Saudi mengikut kemampuan dalam menghadapi cabaran keselamatan.
- Kedua-dua menteri mengecam serangan Houthi ke atas Saudi, termasuk serangan di Lapangan Terbang King Khalid.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 9 maut, 364 cedera dalam serangan Houthi di Lapangan Terbang Arab Saudi
- Utusan Malaysia Houthi lancar serangan besar-besaran ke selatan Arab Saudi
- Sinar Harian Malaysia kecam serangan Houthi, nyatakan solidariti dengan Arab Saudi (this story)









