RIYADH: Kumpulan Houthi di Yaman melancarkan serangan besar-besaran di beberapa kawasan di selatan Arab Saudi pada Ahad, ketika kerajaan itu mengumumkan pembukaan semula sebahagian Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh meskipun berdepan serangan berulang kali oleh kumpulan berkenaan.
Amaran kemungkinan serangan diaktifkan di seluruh bahagian selatan negara itu sepanjang hari, dengan gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi berkata, sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu balistik berjaya dipintas.
Arab Saudi, yang mengetuai gabungan ketenteraan memerangi Houthi yang disokong Iran, berdepan bertubi-tubi serangan kumpulan itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Pertempuran tercetus selepas gencatan senjata yang berlangsung selama beberapa tahun antara Houthi dengan kerajaan Yaman yang disokong Riyadh runtuh.









