KUALA LUMPUR: Sokongan enam Ahli Parlimen BERSATU kepada kerajaan menerusi Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) berteraskan empat tonggak utama iaitu kepentingan negara, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan keutuhan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan ARMADA, Harris Idaham Rashid, berkata keempat-empat tonggak itu menjadi asas pertimbangan parti dalam menentukan pendirian berhubung perjanjian berkenaan.

Katanya, kestabilan tatakelola domestik perlu dipertahankan ketika negara berdepan cabaran geoekonomi semasa bagi memastikan kebajikan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi, terus terpelihara.

"Sebagai sebuah gerakan yang mendukung teguh keputusan saf kepimpinan pusat, ARMADA menegaskan bahawa Agenda Pemerkasaan Bumiputera telah dipastikan oleh BERSATU untuk termaktub secara substantif sebagai instrumen utama yang tidak boleh dikompromi dalam perjanjian ini.