KUALA LUMPUR - Pendaftaran dan penentuan status pelarian menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjadi asas untuk kerajaan menentukan tindakan bersesuaian termasuk penghantaran pulang apabila keadaan mengizinkan atau penempatan semula ke negara ketiga.Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan mekanisme itu juga membolehkan kerajaan mengurus keberadaan sementara pelarian dan mempertimbangkan akses kepada kemudahan yang dibenarkan berdasarkan status serta maklumat daripada proses pendaftaran.KDN memaklumkan DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari 2026 bermula dengan individu di depot tahanan imigresen sebelum diperluas kepada individu dalam komuniti termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang mendakwa diri sebagai pelarian atau pemohon suaka."Proses ini melibatkan pendaftaran maklumat peribadi, pengambilan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian oleh kerajaan."Pemegang kad UNHCR tidak secara automatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan hanya berdasarkan pemilikan kad itu, sebaliknya individu yang melepasi proses penentuan status dan tapisan keselamatan di bawah DPP sahaja akan diperakui," menurut KDN dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.KDN menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dikenal pasti, dipantau dan diurus secara berkesan selaras dengan undang-undang negara.KDN memaklumkan maklumat menerusi program itu akan menjadi pangkalan data rasmi kerajaan bagi mengenal pasti identiti, status dan keberadaan golongan tersebut selain membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan agensi berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.Kementerian itu juga menegaskan pelaksanaan DPP tidak memberikan kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.Ia sebaliknya bertujuan memastikan pengenalpastian, pemantauan dan pengurusan pelarian serta pemohon suaka berada di bawah kawalan kerajaan. - Bernama
DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN

Key takeaways
DPP menjadi asas kerajaan menentukan tindakan terhadap pelarian, termasuk penghantaran pulang atau penempatan semula.
- DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari 2026 untuk individu di depot tahanan imigresen.
- Pemegang kad UNHCR tidak secara automatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan.
- DPP tidak memberikan kewarganegaraan atau hak menetap kekal di Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Henti ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Rohingya
- Utusan Malaysia MAPIM gesa kerajaan jelaskan asas larangan Waze
- Free Malaysia Today PN ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu
- Malaysiakini (BM) PN akan ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu - Takiyuddin
- Sinar Harian DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN (this story)







