JOHOR BAHRU: Kejadian Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, di sini yang menyaksikan airnya bertukar berwarna putih semalam dikesan berpunca daripada kerja-kerja pemasangan kabel di kawasan berhampiran.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja yang dilakukan pada pukul 3 petang itu melibatkan kedalaman kira-kira lima meter.
“Susulan dakwaan pencemaran Sungai Kim Kim yang tular di media sosial semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah pergi ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal.
“Siasatan mendapati tidak berlaku pencemaran seperti yang didakwa. Bagaimanapun, JAS Johor sekali lagi turun ke lokasi hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian air berwarna putih,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.









