KUALA LUMPUR: Meskipun merangkul gelaran Terbuka Denmark dan muncul naib juara Terbuka Perancis, beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah masih mempunyai 'kerja rumah' untuk dilakukan bagi mencapai tahap prestasi terbaik mereka.
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, dia bangga dengan pencapaian pasangan nombor empat dunia itu, namun mengakui masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut di Eropah.
Katanya, jadual pertandingan yang padat dan mencabar turut menguji tahap kecergasan Pearly-Thinaah, terutama ketika beraksi di Terbuka Perancis selepas mengharungi saingan di Denmark.
"Dua minggu yang panjang dan mencabar buat Pearly-Thinaah di Eropah. Aksi di Terbuka Perancis memang dijangka lebih sukar untuk mereka kerana tahap kecergasan sudah banyak digunakan di Terbuka Denmark.








