KUALA LUMPUR: Tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak sejak sembilan tahun lalu, penyanyi veteran, Datuk DJ Dave terpaksa memikirkan pelbagai ikhtiar bagi memastikan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) terus berupaya membantu penggiat seni yang memerlukan.
DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah, 78, berkata, usaha mengumpul dana dilakukan secara berterusan bagi menampung keperluan kebajikan, termasuk pembayaran pencen bulanan kepada penggiat seni veteran dan bantuan kecemasan.
Menurutnya, penganjuran majlis makan malam tahunan menjadi antara kaedah utama yayasan itu mengumpul dana menerusi penjualan meja kepada tetamu dan orang kenamaan.
"Setiap tahun, kami mengadakan majlis makan malam dengan menjemput seorang tetamu kehormat. Kami akan menjual meja untuk mengumpulkan dana.








