Kuala Lumpur: Hujan lebat berterusan di utara Semenanjung dijangka berlaku sehingga awal Disember ini sebelum keadaan cuaca bertukar lebih panas dan kurang hujan kerana dipengaruhi fenomena Super El-Nino pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, negeri utara Semenanjung lazimnya menerima hujan yang banyak sebelum bermulanya MTL sehingga penghujung tahun.
"Dengan kehadiran fenomena Super El-Nino pada MTL kali ini, hujan lebat berterusan di negeri-negeri utara dijangka berlaku sehingga awal Disember 2026 sahaja.
"Selepas itu, cuaca di sana dijangka kurang hujan dan panas.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FHadiAhdiana3_235962.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)