GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu sehingga pagi Ahad.Antara kawasan terjejas adalah Bayan Baru, Bukit Jambul, Farlim, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Jelutong, Greenlane, Butterworth, Permatang Pauh, Jalan P Ramlee dan Jalan Scotland.Ketika ini, keadaan masih hujan lebat yang mana ia berpotensi menyebabkan cuaca buruk berterusan.Bagaimanapun, maklumat mengenai paras air, jumlah kawasan terjejas dan sama ada terdapat penduduk yang dipindahkan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan yang dinaiki air serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya hujan lebat berterusan.
Hujan lebat berterusan, 10 kawasan di Pulau Pinang terjejas banjir

Key takeaways
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan, termasuk Bayan Baru dan Butterworth.
- Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di 10 kawasan di Pulau Pinang.
- Kawasan terjejas termasuk Jalan P Ramlee dan Jalan Scotland.
- Pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah kawasan terjejas atau penduduk yang dipindahkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Hujan lebat punca banjir di Pulau Pangkor
- Sinar Harian Hujan lebat berterusan, 10 kawasan di Pulau Pinang terjejas banjir (this story)








