KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH), sambil menegaskan bahawa dana yang diamanahkan bagi tujuan keagamaan perlu diurus dengan penuh akauntabiliti dan bertanggungjawab.Baginda bertitah, TH ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia menabung untuk menunaikan ibadah haji di Makkah, justeru salah urus serta dakwaan penyelewengan tidak sepatutnya berlaku."Begitu juga, pengurusan dana yang diperuntukkan bagi tujuan keagamaan mestilah berlandaskan akauntabiliti dan tanggungjawab," titah baginda sambil menegaskan bahawa prinsip sama turut terpakai kepada rumah ibadat semua agama dan rumah anak yatim.Sultan Sharafuddin turut menggesa ahli politik di Selangor supaya memberikan tumpuan kepada usaha berkhidmat untuk rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan memelihara perpaduan bagi mengekalkan kedudukan negeri itu sebagai antara negeri terunggul di negara ini.Baginda bertitah, sudah muak dengan kegiatan berpolitik secara keterlaluan yang tidak mendatangkan hasil."Seperti rakyat, Beta juga sudah muak," titah baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, tidak ada tempat bagi politik yang memperalatkan isu kaum dan agama atau mengheret institusi diraja ke dalam pertikaian politik."Kekuatan Selangor sejak dahulu lagi terletak pada rakyatnya. Kita bertuah kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang telah hidup, bekerja serta menikmati kemakmuran bersama sejak turun-temurun," titah baginda.Dalam pada itu, baginda mengakui bahawa ahli politik mempunyai hak untuk membahaskan dasar, mengemukakan pandangan berbeza dan bersaing bagi meraih sokongan rakyat."Bagaimanapun, politik tidak seharusnya sekali-kali mengorbankan keharmonian kaum atau persefahaman antara agama," titah baginda dalam wawancara khas bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.Sultan Sharafuddin turut mengingatkan ahli politik supaya mengelakkan kenyataan sensitif yang boleh menyinggung perasaan pihak lain."Jangan cuba menjadi jaguh atau batu api. Fikir sebelum bercakap dan sentiasa berhati-hati," titah baginda.Baginda bertitah, Selangor, seperti juga Malaysia, dibangunkan atas semangat bertolak ansur, saling menghormati dan kesediaan menghargai perbezaan dalam usaha mencapai matlamat bersama.Dengan media sosial membolehkan sesuatu mesej tersebar kepada jutaan orang dalam tempoh beberapa minit, baginda mengingatkan bahawa kenyataan tidak bertanggungjawab boleh membawa akibat yang serius."Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab boleh dengan mudah membangkitkan emosi, meningkatkan rasa saling tidak percaya dan mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat."Oleh sebab itu, tokoh masyarakat perlu bertindak dengan bijaksana, berhemah dan penuh rasa tanggungjawab. Kepimpinan bukan sahaja diukur berdasarkan apa yang diperkatakan, tetapi juga kesan daripada kata-kata tersebut terhadap masyarakat," titah baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, semua
Jangan campur aduk isu kaum, agama dengan politik - Sultan Selangor

Key takeaways
Sultan Selangor menegaskan pentingnya akauntabiliti dalam pengurusan dana keagamaan dan meminta ahli politik tidak memperalatkan isu kaum dan agama.
- Sultan Selangor menyuarakan kekecewaan terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji.
- Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab dalam pengurusan dana keagamaan.
- Sultan meminta ahli politik tidak menyelitkan isu kaum dan agama dalam politik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Zahid nasihat Adun BN jangan campur tangan hal DKU, institusi diraja
- Sinar Harian Jangan campur aduk isu kaum, agama dengan politik - Sultan Selangor (this story)








