KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap legasi yang ditinggalkan baginda akan merangkumi kemajuan, institusi yang kukuh dan keharmonian sosial, dengan kepentingan rakyat terus menjadi teras dalam pemerintahan baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, baginda akan menganggap pemerintahannya bermakna sekiranya generasi akan datang percaya bahawa baginda telah menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan mengutamakan rakyat."Beta percaya sepanjang 25 tahun yang lepas, walaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan, kita telah membina legasi institusi yang kukuh, keharmonian sosial, tadbir urus yang bertanggungjawab dan peluang untuk generasi akan datang," titah baginda dalam wawancara khas bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.Sultan Sharafuddin bertitah, bangunan dan infrastruktur mungkin berubah mengikut peredaran masa, namun nilai, kepercayaan dan perpaduan akan berkekalan lebih lama.Ketika ditanya pesanan yang akan diberikan kepada generasi pemerintah dan pemimpin akan datang, baginda bertitah kepimpinan mestilah sentiasa dianggap sebagai amanah."Sentiasalah ingat bahawa kepimpinan ialah amanah. Dengar dahulu sebelum membuat keputusan, kekal merendah diri tidak kira sejauh mana kejayaan yang dikecapi, menjunjung Perlembagaan dengan penuh kesetiaan dan jangan sekali-kali melupakan rakyat yang menjadi tanggungjawab untuk kita berkhidmat kepada mereka," titah baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, rakyat Selangor kekal sebagai sumber inspirasi terbesar baginda."Melihat masyarakat mengharungi cabaran, golongan muda mencapai kejayaan dan keluarga membina masa depan lebih baik, mengukuhkan lagi komitmen beta untuk terus berkhidmat sebaik mungkin," titah baginda.Berkenaan nasihat yang akan diberikan kepada putera baginda, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, yang bakal menggantikan baginda sebagai Sultan satu hari nanti, Sultan Sharafuddin bertitah, jawatan itu ialah tanggungjawab, bukannya keistimewaan."Jawatan sebagai Sultan bukanlah satu keistimewaan semata-mata, sebaliknya yang paling utama ialah amanah yang suci. Nasihat beta kepada Raja Muda ialah sentiasa ingat bahawa institusi diraja wujud untuk berkhidmat kepada rakyat dan menjunjung Perlembagaan dengan kebijaksanaan, keadilan dan integriti."Seorang pemerintah harus bersedia untuk lebih banyak mendengar daripada bercakap, mendapat nasihat daripada mereka yang mempunyai ilmu dan pengalaman serta membuat keputusan yang berlandaskan kepentingan negeri dan rakyatnya, bukannya kepentingan peribadi."Akan ada masanya apabila pilihan yang sukar perlu dibuat, dan ketika itulah keperibadian serta keteguhan pendirian amat penting," titah baginda.Sultan Sharafuddin turut mengimbau kembali peristiwa pada 13 Mei 1969, ketika baginda berusia 22 tahun dan bergelar Raja Muda, manakala ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berada di luar negara."Ketika itu, beta masih muda dan seorang Pemangku Raja, tetapi beta terpaksa menjadi mat
Sultan Selangor harap dapat tinggalkan legasi perpaduan

Key takeaways
Sultan Selangor berharap meninggalkan legasi kemajuan, institusi kuat, dan keharmonian sosial dengan kepentingan rakyat sebagai teras.
- Sultan berharap generasi akan datang menganggap pemerintahannya sebagai amanah dan berkhidmat untuk rakyat.
- Ia menekankan pentingnya keharmonian sosial dan kepercayaan yang berkekalan dalam pemerintahan.
- Rakyat Selangor menjadi sumber inspirasi baginda untuk terus berkhidmat dengan baik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Sultan Selangor harap dapat tinggalkan legasi perpaduan (this story)








