Kuala Lumpur: Harga minyak mentah Brent dijangka antara AS$80 hingga AS$95 setong pada 2027 dengan andaian eksport minyak Asia Barat dipulihkan secara berperingkat dan penawaran global pulih pada kadar yang mengatasi pertumbuhan permintaan, menurut penganalisis.

Unjuran itu selaras dengan anggaran kerajaan bahawa harga minyak mentah Brent akan mencatatkan purata yang tinggi iaitu pada AS$85 setong di bawah Belanjawan 2027, tidak berubah berbanding 2026.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes mengunjurkan harga minyak mentah Brent mencatatkan purata sekitar US$85 hingga US$95 setong pada 2027 dengan mengunjurkan julat dagangan yang agak luas sepanjang tempoh berkenaan.

"Pasaran masih mengambil kira premium risiko geopolitik yang ketara meskipun eksport minyak mentah Asia Barat kembali pulih.