KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun menduda, pelakon dan pengarah Luqman Hafidz, 35, mengakui belum bertemu pengganti dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi berkata, buat masa ini, fokus dan keutamaannya adalah karier seni dan membesarkan anak tunggalnya, Eve Laura, 5.

Menurutnya, dia juga tidak meletakkan sasaran untuk berumah tangga semula dalam tempoh terdekat ini.

"Saya sudah empat tahun bercerai, memang ada berkawan tapi tidaklah sampai untuk mengesahkan hubungan lagi kerana kita pun baru nak kenal.