Klang : Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terus memperluas pengiktirafan Bandaraya Diraja Klang di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain dalam persidangan UCLG ASPAC Council, Haikou 2026 di Hainan, China.
Menerusi forum utama program berkenaan, Abd Hamid membentangkan tajuk Klang Royal City: Balancing Port Growth with a Green, Smart and Inclusive Future yang mengetengahkan pendekatan pembangunan bandar secara seimbang, mampan, pintar dan inklusif.
Pembentangan itu menonjolkan kedudukan strategik Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk maritim utama Malaysia serta peranan pentingnya dalam sektor perkapalan, logistik, pengendalian kontena dan perdagangan antarabangsa.









