Kuala Lumpur: Gambar tular mendakwa seekor beruang matahari besar berkeliaran di kawasan perumahan Taman Melawati, Hulu Klang, disahkan sebagai kandungan rekaan kecerdasan buatan (AI).
Ia hasil siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas gambar itu tular di media sosial sejak semalam.
Pengarah PERHILITAN Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, Ishak Muhamad berkata, anggotanya segera memeriksa lokasi kejadian petang semalam dan mendapati tiada sebarang bukti kehadiran haiwan liar itu.
"Siasatan kami semalam mendapati gambar itu dihasilkan oleh AI. Malah kawasan pohon buluh di Desa Melawati itu agak jarang dan tidak sama seperti digambarkan dalam foto tular itu.








