Kuala Lumpur: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkukuh penawaran produk insurans kediamannya bagi memenuhi perubahan keperluan pengguna susulan peningkatan kos penggantian aset, risiko bencana dan penggunaan teknologi dalam kediaman.

Langkah itu dilaksanakan menerusi penambahbaikan produk Smart Home Cover yang menawarkan perlindungan lebih fleksibel dan menyeluruh, termasuk perlindungan tambahan bagi panel solar kediaman mulai 31 Oktober 2026.

Ketua Pegawai Runcit Allianz General, Linda Lor berkata, perubahan gaya hidup dan peningkatan nilai aset kediaman mewujudkan keperluan kepada perlindungan insurans yang lebih relevan dengan risiko semasa.

Beliau berkata, kediaman kini bukan sekadar tempat tinggal, malah semakin digunakan sebagai ruang bekerja, pembelajaran serta penyimpanan pelbagai aset bernilai tinggi termasuk peranti digital dan kelengkapan elektrik.