BENTONG: Kerajaan Pahang perlu memberi perhatian terhadap isu pertikaian hak memungut hasil tanaman babitkan kira-kira 300 pengusaha ladang kelapa sawit di Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2,

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, ladang berhampiran FELDA Chemomoi itu sudah mereka usahakan sejak lebih sedekad lalu.

"Kerajaan negeri wajar melihat sendiri keadaan pengusaha terbabit bagi mencari penyelesaian menang-menang tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana pihak.

"Saya mahu kerajaan negeri turun padang untuk melihat sendiri keadaan mereka, adakan perbincangan dua hala yang boleh memanfaatkan semua pihak," katanya pada pertemuan bersama pengusaha di FELDA Chemomoi, di sini, semalam.