JAKARTA: Indonesia hari ini memperkenalkan langkah tambahan bagi menangani manipulasi pasaran saham termasuk melantik pihak bebas dalam jawatankuasa yang menentukan saham dengan struktur pemilikan tertumpu.
Langkah itu adalah susulan amaran MSCI bahawa Indonesia berisiko diturunkan taraf berikutan kebimbangan mengenai ketelusan urus niaga.
MSCI pada awal bulan ini menyatakan kemungkinan menurunkan status Bursa Saham Indonesia kepada kategori pasaran 'standalone' atau kendiri dengan alasan usaha membendung amalan urus niaga terancang dalam pasaran saham negara itu masih belum mencukupi.
Amaran itu lebih serius berbanding amaran MSCI pada Januari lalu yang menyatakan kemungkinan menurunkan status Indonesia kepada kategori pasaran 'frontier'.









