Kuala Lumpur: Sebuah keluarga rakyat Malaysia yang melancong di Itali berdepan detik mencemaskan apabila 11 bagasi mereka didakwa dicuri dari kereta ketika mereka berhenti untuk makan di Pisa.
Insiden itu dikongsikan seorang pengguna Threads, njlaimn, yang meluahkan rasa sedih berhubung kejadian menimpa seorang rakannya bersama keluarga ketika mereka dalam perjalanan dari Pisa ke Milan di Itali.
Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila keluarga terbabit didakwa berjaya mengesan lokasi iPad mereka yang hilang ke sebuah kawasan dipercayai menempatkan penempatan komuniti Roma.
Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga berkenaan, yang dilaporkan turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan kerana menganggap respons diberikan tidak seperti yang diharapkan.









