Kuala Lumpur: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 140 peratus tahun ke tahun menerusi kempen 9.9 TikTok Shop, sekali gus mencerminkan peningkatan sumbangan perdagangan digital dalam memacu perkembangan perniagaan tempatan.
Prestasi itu menyaksikan PMKS di bawah inisiatif #JomLokal berkembang lebih 3.5 kali ganda berbanding purata pertumbuhan keseluruhan platform, didorong peningkatan permintaan terhadap produk tempatan serta penggunaan kaedah perdagangan berasaskan kandungan dan siaran langsung (LIVE).
Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, perkembangan itu membuktikan potensi perdagangan digital sebagai pemangkin pertumbuhan PMKS, khususnya dalam membantu perniagaan kecil memperluas capaian pasaran dan mengurangkan kos operasi.









