KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah inisiatif #JomLokal TikTok Shop Malaysia merekodkan pertumbuhan jualan sebanyak 140 peratus semasa kempen 9.9 di platform e-dagang itu, lebih 3.5 kali ganda purata pertumbuhan platform.
Pertumbuhan itu sejajar dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap jenama tempatan, dengan kira-kira 58 peratus pengguna TikTok di Malaysia memilih untuk berbelanja daripada perniagaan tempatan.
Model perdagangan berasaskan penemuan, iaitu pembeli menemui produk melalui video dan siaran langsung atau 'LIVE' dan bukannya sekadar carian konvensional, membantu peniaga tempatan menjangkau pasaran melangkaui komuniti mereka sendiri.
Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata rakyat Malaysia sentiasa berpegang pada semangat menyokong jenama tempatan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-47_880389.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)