BUTTERWORTH: Pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kematian minggu lalu.
Tertuduh, Nurfitrah Mohd Raziff, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang diamanahkan menjaga bayi berkenaan didakwa mengabaikannya sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sungai Dua, di sini, antara jam 5.40 pagi hingga 10.15 pagi pada 19 Oktober lalu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F345234234234_908093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

