SEBERANG PERAI – Seorang pengasuh yang juga ibu kepada tiga didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa, minggu lalu.
Tertuduh, Nurfitrah Mohd. Raziff, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa mengabaikan bayi di bawah jagaannya di sebuah kediaman di Sungai Dua di sini, antara pukul 5.40 pagi hingga 10.15 pagi, 19 Oktober lalu.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman de










