IPOH – Mayat seorang lelaki Orang Asli ditemukan di Sungai Choh berhampiran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh di Tanjung Rambutan, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.42 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya dimaklumkan polis bahawa mayat lelaki berkenaan berada di dalam sungai kira-kira 500 meter dari jalan utama.
“Berdasarkan keadaan fizikal mangsa, lelaki berkenaan telah meninggal dunia.









