PETALING JAYA – Pelakon Mila Mohsin mengakui watak Gusti Putri dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) memberi kesan mendalam terhadap dirinya dari segi memahami erti kebebasan dan perjuangan wanita.

Pemilik nama penuh Nur Mila Mohsin, 26, itu berkata, menjalani latihan selama beberapa bulan bagi menghidupkan watak ikonik itu membuatkannya melihat kehidupan daripada sudut pandangan yang lebih luas dan memahami kepentingan hubungan sesama manusia.

“Melihat dunia menerusi mata Gusti Putri telah mengubah dan menjadikan saya insan yang lebih baik.

“Watak ini tidak mengubah saya sepenuhnya tetapi lebih kepada membuatkan saya melihat sesuatu daripada perspektif yang lebih luas, berbanding terlalu memikirkan kerisauan harian yang reme