KUALA LUMPUR – Penghayatan sejarah semakin penting bagi memastikan kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak menghakis nilai, budaya dan identiti bangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sejarah bukan sekadar untuk dihafal, sebaliknya perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta kepada negara.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu ditegaskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa Majlis berkenaan memainkan peranan penting sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FHadiAhdiana3_235962.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)