PETALING JAYA – Gara-gara hujan secara tiba-tiba, sebuah kereta yang terjunam ke dalam parit akibat kemalangan dihanyutkan arus ketika pemiliknya sedang menunggu trak tunda.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai @Sapheyaa yang memaklumkan kenderaan rakannya dihanyutkan arus dalam sekelip mata sebelum dibawa ke lokasi lain.

Katanya, mereka juga berdepan kesukaran mendapatkan bantuan selepas kejadian apabila diminta menghubungi beberapa agensi bagi membantu menguruskan situasi berkenaan.

“Benda jadi sekelip mata sebab tiba-tiba hujan sementara nak tunggu ‘towing’ (khidmat tunda) sampai. Pergi balai suruh call (hubungi) bomba, bomba suruh JPAM.