IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) sentiasa memperkukuh budaya menjaga kesihatan dalam kalangan warga kerjanya menerusi penganjuran Perak SADC Active & Wellness Day 2026.
Program yang menghimpunkan 250 warga kerja Perak SADC dari ibu pejabat serta ladang di bawah pengurusan agensi itu menggalakkan amalan gaya hidup aktif dengan menerapkan pentingnya keseimbangan antara kerja dengan persekitaran kerja lebih sihat dan produktif.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Mohd Azhar Mohd Yusof, berkata masalah kesihatan yang tidak ditangani boleh menjejaskan keupayaan pekerja melaksanakan tugas dengan baik, sekali gus memberi kesan kepada produktiviti organisasi.
"Kadang-kadang kita melihat pekerja yang masih muda pun sudah berdepan masalah kesihatan. Sebab itu, kita mahu menerapkan budaya menjaga kesihatan supaya mereka dapat bekerja dengan baik dan mencapai prestasi yang tinggi.









