KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mendedahkan terdapat beberapa syarikat yang dikesan memasuki sesuatu kawasan dengan kebenaran eksplorasi, namun melakukan kegiatan perlombongan secara haram.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata syarikat berkenaan sudah diambil tindakan termasuk jentera mereka disita.
"Kita dapati ada sesetengah syarikat, mereka hanya diberi kebenaran untuk melakukan eksplorasi, namun apabila mereka masuk, mereka melakukan kegiatan perlombongan secara haram.
"Untuk tujuan eksplorasi, syarikat berkenaan hanya dibenarkan melakukan aktiviti tertentu untuk melihat sama ada kawasan berkenaan sesuai untuk melombong atau jangkaan hasil sama ada berbaloi untuk melombong atau sebaliknya.








