CEBU: Timbalan Perdana Menteri Australia, Richard Marles, berkata peningkatan kekuatan tentera China mewujudkan 'tekanan' di Asia Tenggara.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pertahanan Australia, menggesa sekutu dan rakan kerjasama memperkukuh hubungan serta meningkatkan kerjasama.

Beijing mengerahkan ratusan kapal pengawal pantai, tentera laut dan kapal lain untuk meronda kawasan pertikaian di Laut China Selatan, yang hampir keseluruhannya dituntut China.

Pada Julai lalu, Australia membantah ujian peluru berpandu berkeupayaan membawa senjata nuklear oleh China di Pasifik Selatan, dengan menyifatkan pelancaran itu sebagai 'menggugat kestabilan'.